Bismillahirrohmanirrohim,
Assalamu'alaykum warohmatullah,
Alhamdulillah, dengan ini dimaklumkan bahawa Ma'had akan memulakan sessi 2011 setelah dilakukan rombakan dan kini sampai masanya untuk menamatkan cuti kecemasan yang telah diberi kepada anak anak.
InsyaALLAH bermula pada 26 Feb 2011 ini maka anak anak akan kembali semula ke Ma'had bagi memulakan atau meneruskan pengajian Al-Qur'an. Kepada anak-anak atau pelajar yang memilih untuk tidak meneruskan pengajian di Ma'had Al-Ansori ini, kami doakan kejayaan kalian semua di dunia dan di akhirat. Moga moga apa jua onak dan duri yang merintangi haluan perjalanan kalian, janganlah berpatah balik, teruskan di bidang yg telah kalian semua tempuhi dengan sabar selama ini iaitulah bidang Al-Qur'an. Jangan sampai berpatah balik dan meninggalkan bidang ini kerna ianya adalah satu kerugian yang besar. Biar pun hina di sisi manusia tapi mulia di sisi ALLAH! Semoga ALLAH memilih kalian dan kita semua umat Islam yang ikhlas berjuang di jalan ALLAH sebagai mujahid mujahidNya membela agama ini.
Buat masa ini FaceBook masih juga digunakan sebagai media menyampaikan maklumat selain dari laman web ini. Doakan kejayaan kita semua dunia dan akhirat.
Wassalam.
Thursday, February 24, 2011
Mentari Bersinar Lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










0 comments:
Post a Comment