Assalamualaikum,
Sepertimana yang telah dimaklumkan pada posting sebelum ini (klik), maka ujian hafazan peringkat Negeri Perak pada tahun ini akan diadakan di Dewan Rumah Rehat Bandar Baru, Teluk INtan Perak, bermula pada Sabtu ini iaitu 3 April hingga 5 April 2010.
Mohon agar tuan puan muslimin dan muslimat sekelian turut sama hadir ke majlis ini. Pada yg tidak dapat hadir, tuan puan boleh juga turut serta menjayakan majlis ini dengan memanjatkan doa pada Yang Maha Esa agar majlis ini berlangsung dalam keadaan yang baik dan diredhoiNya. Moga moga usaha yang sedikit ini dapat menarik rahmat dan barokah ALLAH serta hidayahNya turun ke atas ummat ini. Semoga juga lebih ramai lagi yang bercita cita dan berusaha untuk menjadi seorang hafiz/hafizah dan seterusnya sebagai seorang pendakwah bagi agama yg luhur dan benar ini insyaALLAH.
Wednesday, March 31, 2010
Ujian Hafazan Peringkat Negeri II
Tuesday, March 16, 2010
Senarai Keperluan Terkini
Assalamualaikum warahmatullah,
Merujuk kepada posting pada 14 Oktober 2009 iaitu pada RUJUK SINI KLIK yg merujuk kepada tajuk 'Keperluan Alatan'. Berikut adalah keperluan terkini yg telah terlaksana. Terima kasih kami ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat yg menyumbang samada dalam bentuk alatan, kewangan, tenaga, buah fikiran dan terutamanya doa utk kejayaan Ma'had kita ini bersama.
Senarai keperluan terkini ialah:
Peralatan Dapur
1. Cerek Elektrik -2 buah - (kami tak menggunakan airpot atas sebab keselamatan)
2. Peti Ais (Chiller) - 1 buah
3. Peti Ais besar (Freezer) - 1 buah
4. Periuk Nasi elektrik (Besar) - 2 buah
5. Talam Plastik Besar (tanpa corak) - 12 biji
6. Gelas Plastik (tanpa tangkai) - 60 biji
7. Dapur Gas - 2 buah
8. TOng Gas - 4 2 biji
Keperluan Pejabat/Pengajian
1. Komputer c/w HD printer/scanner - 1 set
2. Mesin Fotostat - 1 buah
3. Mesin Fax - 1 buah
4. Papan Putih Besar - 3 buah
5. Papan Putih Sederhana - 5 buah
6.
7.
8.
9. Kerusi Plastik - 40 buah (Table GS dan Kerusi plastik utk kelas dewasa - KAFA)
10. Alat Perakam Suara - 2 buah
11. Kaset mikro - 5 dozen
12.
Keperluan Am
1.
2.
3.
4. Video Recorder - 1 set 5. Tannoy System - 1 set
6. Jam Solat (saiz sederhana) - 2 buah
7.
8. Tikar Plastik besar (jenis lipat) - 10 buah
9.
10. Penapis Air - 2 buah
11.
Demikianlah senarai terkini keperluan alatan yang telah dapat dipenuhi, alatan yg belum dipotong masih diperlukan.Buat masa ini alatan seperti marker pen, kertas dan lain-lain kami beli sekadarnya namun kami memberi peluang kepada umat yg ingin turut 'bersama' kami dengan menginfaqkan alatulis tersebut utk digunakan di jalan ALLAH.
Sekian semoga perkara ini dalam kita tangani bersama insyaALLAH. Wassalamualaikum warahmatullah.
Friday, March 5, 2010
Guru Hafiz/ Qur'an
Assalamualaikum warahmatullah..
Pihak kami dengan ini ingin menyeru dan menjemput para ilmuan untuk sama sama berganding bahu membantu Ma'had mengikut kadar kemampuan dan kepakaran masing masing.
Buat masa ini tenaga pengajar dalam bidang Al-Qur'an adalah diperlukan dan dialu alukan untuk membantu Ma'had dalam perjuangan ini insyaALLAH.
Kami memerlukan guru-guru Qur'an untuk menyemak bacaan dan hafazan anak anak ini. Dengan adanya tenaga pengajar yang lebih ramai, maka bilangan anak murid untuk setiap guru akan menjadi lebih kecil dan ini akan mempercepatkan lagi proses semakan hafazan baru (saba') dan juga proses mengulang dan menguatkan hafazan.
Bagi para ilmuan yg sudi mewakafkan diri untuk kerja ini, bolehlah menghubungi terus Mudir Maahad ini atau melalui emel di ansoriyy@gmail.com
Pada para penyumbang dan penderma dan pengeluar zakat, alhamdulillah sumbangan tuan/puan akan kami manfaatkan sebaik mungkin untuk tujuan melahirkan dan mendidik para huffaz untuk generasi yang akan datang. Semoga usaha kita yg sedikit tetapi secara berjemaah ini dapat menarik hidayah dan rahmat ALLAH ke atas kita semua.
Wassalamualaikum warahmatullah.









