Assalamualaikum warahmatullah,
InsyaALLAH, Maahad akan menghantar wakil anak-anak dalam tujuh hingga lapan orang untuk mengikuti perhimpunan ini yang dijadualkan untuk berlangsung pada 11 hingga13 Jun ini.
Apapun, keadaan van yang agak uzur mungkin menyukarkan sedikit pergerakan kami. Mekanik telah mengambil van itu sekarang untuk diperbaiki. Kerosakan berlaku semasa riadah ke Cameron Highland dua hari lepas iaitu ketika membawa anak-anak yang tidak pulang bercuti ke kampung.
Dijangkakan untuk bertolak esok (10 Jun) selepas solat Zohor insyaALLAH. Semoga ALLAH permudahkan semua urusan dan hantar kami semua pergi dan balik ke tempat perhimpunan di Masjid Seri Petaling insyaALLAH. . Doakan kejayaan kami dan kita semua umat Islam dunia dan akhirat. Dan doakan kemenangan Islam ke atas musuh musuhnya di serata alam. Tiada yang lebih tinggi dari Islam!
Tuesday, June 8, 2010
Perhimpunan Umat Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










0 comments:
Post a Comment