Assalamualaikum warahmatullah,
Keputusan pada Mesyuarat mingguan Maahad yang terkini telah memutuskan untuk menambah satu hari cuti perjalanan untuk anak-anak pelajar Maahad ini.
Ini bermakna sekiranya cuti bermula pada 4 Oktober hingga 7 Oktober 2010 (contoh), maka anak-anak yang kampungnya berada di luar negeri Perak, boleh mula bercuti pada 3 Oktober 2010. Ini adalah untuk meraikan dan mengambil kira jarak perjalanan yang masa yang perlu dilalui untuk pergi dan balik. Namun begitu, masa untuk menghantar adalah sama iaitu pada 7 oktober 2010 (contoh).
Tambahan satu hari cuti perjalanan hanya berkuatkuasa kepada anak-anak yg kampungnya berada di luar negeri Perak. Cuti perjalanan ini juga hanya terpakai untuk cuti 4 hari setiap 3 bulan sahaja. Cuti ini tidak terpakai untuk cuti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban.
Sekian, dimaklumkan.
Wednesday, June 16, 2010
Cuti Maahad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










0 comments:
Post a Comment