Friday, May 28, 2010

Sessi Wawancara di TV9

Assalamualaikum warahmatullah,

Pada 27 haribulan yang lepas, pihak Al-Ansori telah dijemput untuk menjadi qari/ah jemputan (kanak kanak) pada rancangan Akademi Al-Qur'an musim ke 4.

Alhamdulillah, pengambaran telah selesai dijalankan. Dapatlah sedikit sebanyak asam garam kehidupan di balik tabir kerja kerja rakaman tv yang dapat disaksikan. Namun entri ini bukan bertujuan untuk menceritakan apa yang dilihat, tetapi untuk berkongsi pengalaman dan kisah.

Tim TV9 ada menziarahi kami di Ma'had pada hujung tahun lepas dahulu dan membuat penggambaran. Berikut adalah gambar gambar ketika mereka mengziarahi kami di Maahad.





Kelihatan Saudara Rudy sedang membuat persiapan bersama krew
di Pondok Wakaf Maahad.


One Two Three.. Action! (melebih lebih sudah)



Dah nak balik.



video



Ini adalah apa yang disiarkan malam tadi (28 May 2010) darihal pergambaran yang di atas. Ternyata sungguh mencabar tugas mereka ini yang mana untuk sessi yg beberapa minit pun mereka terpaksa datang dari Selangor untuk tujuan ini. Nur Amirah dan anak-anak muncul pada minit ke 5.57 video ini. Mudir pun ada tumpang sekaki .. :)

InsyaALLAH untuk sessi bacaan Al-Qur'an jemputan (kanak-kanak) untuk AQ4 yang dibuat pada 27 May yang lalu akan disiarkan pada 25 Jun 2010 sepertimana yang dimaklumkan oleh penerbitnya En. Shukri kepada kami ketika kami hendak pulang dari studio ke Maahad. Semoga usaha yang sedikit ini mendapat keampunan dan rahmat dari ALLAH.

Video ini kami dipaparkan adalah bertujuan untuk sessi wawancara pelajar Maahad sahaja dan untuk perkongsian dengan semua umat Islam khususnya yg turut bersama-sama kami dalam menguruskan Ma'ahad ni dengan sekadar kemampuan tuan puan. Doa tuan puan juga adalah sebahagian dari sumbangan tuan puan ke atas usaha ini. Moga ALLAH limpahkan rahmatNya ke atas kita semua atas usaha yang amat sedikit yg kita termampu ini insyaALLAH.

0 comments: