Assalamualaikum w.b.t.
Jemaah pengurusan maahad Tahfiz Al-Qur’an Dan Hadith Al-Ansori (MTHA) telah bermesyuarat dan memutuskan untuk membuat pindaan pada beberapa peraturan yang ditetapkan. Maka dengan itu salah satu daripadanya ialah program perjumpaan antara ibubapa dan anak-anak.
TUJUAN PERJUMPAAN
1. Mengujudkan silaturrahim antara ibubapa yang menghantar anak-anak ke MTHA
2. Supaya ibubapa dapat bertukar tukar fikiran dan seterusnya memberi pandangan yang positif demi meningkatkan mutu pembelajaran, pengurusan, pembangunan, ekonomi dan sebagainya di MTHA.
3. Supaya ibubapa dapat perkembangan dan maklumat yang terkini dari pihak jawatankuasa MTHA sendiri.
4. Dalam masa yang sama, ibubapa boleh bertemu dengan anak-anak pada masa dan tarikh-tarikh yang akan dikeluarkan kepada ibubapa pada setiap tahun insyaALLAH.
PERATURAN-PERATURAN SEMASA PERJUMPAAN
1. Hanya ibubapa sahaja yang dibenarkan untuk bertemu dengan anak-anak yang belajar di MTHA. Waris yang lain dan adik-beradik tidak digalakkan hadir.
2. Dalam tempoh pertemuan, ibubapa tidak dibenarkan untuk membawa anak-anak keluar dari kawasan MTHA.
3. Ibubapa juga diminta untuk memberi kerjasama agar anak-anak tidak menggunakan atau bermain dengan handphone, walkman dan barang-barang elektronik yang lain.
4. Sebarang bahan bacaan dari luar adalah dilarang untuk dibawa masuk ke MTHA sepanjang program ini berlangsung.
5. Ibubapa dibenarkan untuk membawa barang-barang makanan dan minuman ketika program berlangsung. Segala bungkusan dan kotak-kotak hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
PERHATIAN
1. Pihak mtaha tidak akan memberi peringatan atau sms untuk memperingatkan ibubapa mengenai tarikh-tarikh program perjumpaan dan cuti mtaha. Ibubapa hendaklah sentiasa peka dan memerhatikan tarikh-tarikh yang berkenaan yang dikeluarkan oleh MTHA pada setiap tahun.
2. Kegagalan ibubapa untuk mematuhi peraturan-peraturan di atas boleh menyebabkan program-program perjumpaan seterusnya dibatalkan.
3. Selepas tarikh dan masa program perjumpaan dan cuti yang dinyatakan, diminta kerjasama dari ibubapa agar tidak memohon untuk bertemu dengan anak-anak.
KEPERLUAN ALATAN YANG DIGALAKKAN UNTUK DIBAWA
1. Tikar atau alas duduk
2. Kerusi kecil atau kerusi lipat.
3. Payung besar (payung berkelah/ pasar tani)
JADUAL MASA DAN TARIKH-TARIKH PROGRAM PERJUMPAAN DI MTAHA SEPANJANG TAHUN 1431/1432H BERSAMAAN TAHUN 2010
A. MASA : 0900 – 1200
B HARI : AHAD
C. TARIKH : I) 18 APRIL 10
II) 25 JULAI 10
III) 31 OKT 10
Sekian dimaklumkan untuk pengetahuan dan tindakan seterusnya. Moga moga apa yg dirancang mendapat redho ALLAH dan diberi keberkatan olehNya. Semoga perjalanan tuan-puan pergi dan balik dikira berada di jalan ALLAH (Fi Sabilillah) dan diberi ganjaran sebagai mereka yang bantu membantu pada jalan kebajikan dan kebaikan insyaALLAH. Bersama kita mendoakan kejayaan program baru ini.
Friday, April 2, 2010
Program perjumpaan antara ibubapa dan anak-anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










0 comments:
Post a Comment