Saturday, April 17, 2010

Laporan Program Perjumpaan Ibubapa dan Anak-Anak

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, pagi sehingga tengahari tadi telah berlangsung program perjumpaan dengan ibubapa/penjaga para pelajar Ma'had dengan izinNya Yang Maha Esa.

Majlis berlangsung dalam keadaan serba sederhana dengan para ibubapa membawa alas duduk dan makanan mereka sendiri untuk dikecapi bersama sebagai satu keluarga. Kedatangan juga agak menggalakkan bilamana lebih dari separuh ibubapa/penjaga telah hadir. Namun terdapat juga ibubapa yang tidak dapat hadir atas beberapa perkara yang kita sedia maklum antaranya lantaran jarak yg agak jauh spt Sabah dan Sarawak. Walaupun suasana yang agak panas, namun para ibubapa tetap meneruskan program hingga ke akhirnya. Semoga korban tuan puan ini diterima ALLAH sebagai amal soleh dalam mencari keredhoanNya jua.

Pihak Ma'had mengambil peluang untuk membuka ruang jualbeli jubah, serban dan sedikit minuman sebagai usaha dan langkah pertama Ma'had untuk menceburi bidang perniagaan sendiri dalam masa depan. Terima kasih atas sambutan dan kerjasama yang diberikan kepada Ma'had dalam hal ini. InsyaALLAH, sebuah kedai akan dibuka kelak untuk menjual peralatan ibadah untuk keperluan semua umat Islam khususnya pelajar Ma'had dan Penduduk Manjoi serta umat Islam lain secara amnya. Doa dari ibubapa dan umat Islam seluruhnya kami pohonkan.

Dalam program perjumpaan ini juga ibubapa diberi taklimat tentang pengurusan dan perancangan kemajuan Ma'had buat masa kini dan akan datang. Para ibubapa juga diberi peluang untuk turut sama membantu dalam apa sahaja bentuk sumbangan yang mereka sedia. Namun sumbangan dalam bentuk doa adalah amat amat kami harapkan dari para ibubapa dan penjaga sekelian. Semoga ALLAH memberkati pertemuan dan perpisahan kita pada hari ini.

INsyaALLAH segala cadangan yang telah diberikan dalam peti cadangan akan kami mesyuwarahkan dan akan cuba melaksanakan atau mengambil apa apa yang baik dan mampu untuk dilaksanakan demi agama dan kemajuan Ma'had sendiri.

Pihak Ma'had mengucapkan setinggi penghargaan atas usaha dan korban yg pihak ibubapa telah ambil dalam menjayakan program ulung kita ini. InsyaALLAH, berdasarkan komitment yg ditunjukkan, perjumpaan kedua akan dilangsungkan pada bulan 6 nanti sepertimana yang telah dijadualkan.

Dalam keadaan yang kelam kabut dan serba kekurangan ini, tak siapa pun sedar yang tak ada sekeping gambar pun telah diambil. Dari itu, posting kali ini tiada sebarang gambar dapat dikongsikan bersama di sini.

0 comments: