Saturday, April 3, 2010

Keperluan Alatan Program Perjumpaan Ibubapa/Waris

Assalamualaikum w.b.t.

Sehubungan dengan program perjumpaan ibubapa/waris dan anak anak yang dijadualkan buat pertama kalinya di Ma'had ini pada 18 April yang akan datang. Pihak Ma'had memerlukan sumbangan dalam bentuk Kipas Angin jenis Industri. INi adalah kerana perjumpaan diadakan di dalam kawasan persekitaran Maahad sahaja (di luar bangunan).

Maka diputuskan untuk disediakan Kipas Angin jenis Industri ini untuk memberi sedikit keselesaan kepada peserta program ini yang bermula sejak pagi hingga tengahari. Keadaan kawasan sekitar yg terbuka dan terdedah pada panas Matahari mungkin memberikan sedikit kesukaran untuk peserta program pada kali ini.

Kuantiti yg diperlukan adalah sebanyak 10 buah. Pihak Ma'had bercadang untuk menyewakan kipas tersebut kepada pihak katering atau pihak lain yg berminat apabila ianya tidak digunakan kelak (program perjumpaan hanya 3 kali untuk tahun ini). Dan ianya akan diambil dan diguna semula untuk setiap kali program perjumpaan ini - atau mungkin pada kesempatan majlis yang lainnya yg tidak dirancang.

Alternatif kedua ialah pihak Maahad menyewa sahaja kuantiti 10 buah kipas tersebut untuk setiap kali ada program seperti ini. Namun dari pengiraan untuk jangkamasa panjang, perolehan samada melalui sumbangan alatan itu sendiri atau pembiayaan pembelian kipas sebagai hak milik Maahad adalah lebih ekonomik.

Justeru Maahad membuka peluang kepada Umat Islam yang ingin membantu bersama sama menjayakan program ini untuk menyumbang dalam bentuk alatan itu sendiri (kipas industri) ataupun dalam bentuk kewangan.

Segala sumbangan tuan puan adalah amat-amat dihargai. Tuan puan yang mulia boleh terus memasukkan ke akaun Ma'had dan memaklumkan ke emel Ma'had ansoriyy@gmail.com ataupun menghantar sendiri ke Ma'had (kewangan/alatan). Semoga niat dan amal yang baik dikira dan diterima oleh ALLAH S.W.T. sebagai amal soleh tuan puan buat bekalan kita ke akhirat kelak.

Wassalamualaikum.

0 comments: