Monday, November 23, 2009

Cuti Hari Raya Qurban II

Assalamualaikum,

InsyaALLAH, esok anak anak akan mula bercuti. Semoga ALLAH memberkati perjalanan mereka dan keluarga mereka pergi dan balik.

Dengan ini kami Ahli Jawatankuasa dan Pengurusan serta para guru Ma'had al-Ansori mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Marilah kita sama sama menghayati akan peristiwa Korban dan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita seharian di dunia yang sementara ini.

Semoga selepas bercuti ini, anak-anak dapat kembali dengan semangat baru untuk terus belajar berkorban untuk agama dan begitu juga kaum keluarga dan muslimin dan muslimat seluruhnya. Sesungguhnya agama ini sampai kepada kita melalui asbab korban umat terdahulu.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dana Pembangunan Fasa 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dukacita dimaklumkan kepada tuan puan muslimin dan muslimat sekelian bahawa pihak Ma'had telah gagal untuk meneruskan Fasa ini memandangkan tanah yg berkenaan yg telah sekian lama sejak puluhan tahun yang lalu kosong, kini telah dibeli oleh seseorang.

Pihak Ma'had telah berhubung dengan pemiliknya dan disahkan ada yang telah membelinya daripada beliau. Kelihatan juga kerja kerja pembersihan tanah telah dilakukan oleh pemilik barunya.

Oleh kerana itu, Ma'had mengambil keputusan untuk terus ke Fasa 3 Dana ini insyaALLAH. Semoga ALLAH menggantikan dengan yang lebih baik dari itu. Segala sumbangan, infaq dan korban tuan puan muslimin dan muslimat insyaALLAH tidaklah sia sia, niat tuan puan sekelian ada nilainya di sisi ALLAH S.W.T. Perancangan ALLAH mengatasi segala perancangan dan Dia lah sebaik baik perancang.