Saturday, August 29, 2009

Cuti Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Dimaklumkan pada ibubapa/penjaga bahawa cuti Ramadhan akan bermula pada 27 Ramadhan hingga 10 Syawal 1430 iaitu bersamaan 17 Sept hingga 30 Sept 2009.

Para ibubapa/penjaga bolehlah membuat persiapan awal untuk tujuan mengambil anak-anak untuk pulang berhari raya di kampung masing masing insyaALLAH. Ibubapa/penjaga boleh mula menjemput anak anak jam 10 am (27 Ramadhan) dan menghantar kembali ke Maahad pada selewatnya jam 6.30 ptg atau sebelum Maghrib (10 Syawal) insyaALLAH.

Program untuk Bulan Ramadhan berjalan seperti biasa dengan tambahan solat sunat Tarawikh. Tahun ini ianya dilakukan di Ma'had sahaja diikuti tadarrus hingga lewat malam.

Doakan yang terbaik untuk anak-anak ini, semoga menjadi benteng/pendakwah umat generasi yang akan datang insyaALLAH.

p/s: Semoga makluman ini dapat menjawab persoalan'Maya' di shout box tempohari insyaALLAH.

Tuesday, August 25, 2009

Domain Baru

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH S.W.T. yang telah memberikan nikmat yang tidak terhitungkan pada semua makhluk. Dengan ini juga, pihak Maahad ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada BaitulBytes yg telah menaja Nama Domain dot net kepada Maahad ini. Sekiranya tuan puan perasan bahawa url Maahad telah berubah dari http://al-Ansoriyy.blogspot.com kepada http://www.al-ansoriyy.net

Semoga lebih ramai akan dapat mengikuti laman web Maahad ni insyaALLAH. Sebelum ini ada pejabat yang tidak dapat memasuki laman web Maahad lantaran domain blogspot disekat oleh server Jabatan. Semoga url Maahad ini kita sebarkan sama sama untuk makluman dan perkongsian dgn seberapa ramai yg mungkin Umat Islam di seluruh dunia.

Maahad ini milik kita umat Islam semua tanpa sempadan, bersama kita menjayakannya semampu dan seupaya kita. Maahad kita, tanggungjawab kita!

p/s: URL lama walaubagaimanapun masih boleh digunakan utk mengakses laman ini insyaALLAH.

Majalah ANIS

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, syukur pd ALLAH S.W.T. Tuhan Seru Sekelian Alam. Dengan izinNya maka kisah Maahad telah dikeluarkan dalam Majalah ANIS Bil 145, September 2009.

Ianya dimuatkan pada m/s 78 - 80.

Ada sedikit ralat pada perenggan kedua yang menyatakan sebelum ini kami beroperasi di sebuah rumah Sewa di Kg Manjoi. Sebenarnya bukan rumah sewa tapi rumah persendirian iaitu rumah Ust Azhari sendiri di jalan Taliapi. Dan kini kami berada di rumah sewa iaitu di lokasi sekarang ini yg mana lebih luas sesuai dgn bilangan pelajar Maahad sekarang.

Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih pada pihak Anis yang sudi memuatkan kisah Maahad ini dan sama sama berusaha untuk mengwar-warkan tentang usaha agama ini ke pengetahuan khalayak seluruh pelusuk negara.

Majalah Anis bertemakan 'Pedoman Wanita Solehah' ini adalah terbitan Syarikat Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum warahmatullah,

Dengan ini, Pihak Ma'had mengucapkan selamat berpuasa pada semua Umat Islam di seluruh pelusuk alam ini. Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik untuk kita semua.

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Yang Maha Esa kerena memilih kita untuk hadir di dalam Bulan yang penuh Barokah ini. Marilah kita sama sama berlumba-lumba untuk beramal didalamnya dan menjadikannya sebagai amalan kita di luar bulan Ramadhan. Semoga kita semua lulus cemerlang dalam Madrasah Ramadhan ini dan menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat.






Ikhsan dari web I luv Islam

Thursday, August 20, 2009

Para Imam Muda Dari China

Assalamualaikum warahmatullah,

Pada Ahad minggu yang lalu, pihak Maahad telah dijemput sama untuk meraikan sekumpulan para Imam Muda dari Negara China. Majlis berlangsung di Masjid Muhibbuddin Syah atau Masjid Hospital Besar Ipoh. Majlis dipengerusikan oleh AF Ust Mokhtar selalu Imam I Masjid.
Program ini difahamkan adalah dijalankan pada setiap tahun dalam bulan Julai. Semoga ukhuwah Islamiyyah terus terjalin antara hati hati umat Islam seluruh dunia dan segala pelusuk alam.

Majlis berlangsung dengan Solat Maghrib berjemaah, persembahan bacaan Asma' Ul Husna oleh anak anak Mahad Al-Ansori, Bacaan Qur'an oleh anak anak pelajar Al-Qur'an Masjid Muhibbudin, Ucapan Ket Rombongan Imam dari China iaitu Imam Huffin, bacaan ayat ayat suci oleh Imam Huffin. Majlis bersurai pada jam 9.30 malam.

AF Ust Mokhtar memberikan sepatah dua kata utk kelancaran majlis


Antara hadhirin yang menghadiri majlis ini.


Anak anak Ma'had menyampaikan bacaan Asma' Ul Husna dan Selawat atas Nabi s.a.w.


Wakil MACMA, Datok Fazli Cheah menjadi penterjemah dalam majlis ini. Kelihatan Ketua Rombongan Imam Huffin sedang berucap.



Muslims brother yang sudi memberikan pos istimewa untuk saudara seaqidah di Malaysia



Imam Huffin membacakan ayat-ayat suci secara hafazan. Beliau menguasai sebutan Arab dgn lahjah Quraisy yang baik.


Anak anak yang meraikan dan diraikan dalam majlis ini.


Gambar kenang kenangan bersama Ahli Rombongan, tetamu dan anak anak Maahad Al-Ansori.



Salam Ukhuwah, walau bahasa kita berbeza, tapi Nabi kita sama, aqidah kita sama. Berjumpa kita kerana ALLAH, berpisah jua kerananya.


Melayan karenah anak anak sementara menantikan bas. Perjalanan dibuat dua kali memandangkan tak muat. (Bas mini).