Assalamualaikum warahmatullah,
Pada 29 Jun yang lalu telah keluar satu berita tentang Maahad Tahfiz Al-Qur'an dan Hadith Al-Ansori di dalam akhbar Sinar Harian (ruang Sinar Perak). Pihak Maahad mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat sama untuk mewartakan tentang Maahad kepada umat Islam di Malaysia ini melalui akhbar.
Namun begitu terdapat beberapa fakta yang agak kurang tepat telah diberitakan. Pihak kami mohon maaf sekiranya terdapat maklumat yang kurang jelas telah disampaikan kepada pihak akhbar atau mungkin telah berlakunya salah faham.
InsyaALLAH nanti akan kami berikan kisah dan laporan tentang Dana Pembangunan Maahad ini fokus kepada Fasa 1 .
Tuesday, June 30, 2009
Sinar Harian
Jabatan Audit Negara, Putra Jaya
Assalamualaikum,
Pada 16 Jun yang lalu, pihak Maahad telah menerima jemputan ke Majlis Penyerahan Sumbangan Ikhlas kakitangan Jabatan Audit Negara bertempat di Pejabat Pengarah Sektor Pengurusan Jabatan Audit Negara (JAN) di Putra Jaya. Pihak Maahad melalui wakilnya telah dibawa bertemu dgn Tn Haji Abd Aziz di pejabat beliau untuk menerima sendiri sumbangan tersebut.
Difahamkan ianya adalah hasil sumbangan para kakitangan JAN dan kutipan telah telah dilansungkan selama 2 minggu di kalangan mereka (berbagai departmen) dan kemudian dikumpulkan untuk diserahkan kepada Maahad ini. Terima kasih kami hulurkan pada Pengerusi Kelab Kebajikan Sektor Pengurusan JAN yang telah berusaha untuk mengumpul dan menguruskan kutipan ini. Semoga niat dan hajat tuan puan dalam memberikan sumbangan ikhlas pada pihak kami diterima ALLAH dan dikabulkanNya. Semoga ianya menjadi amal jariah yang berkekalan dan bermanfaat insyaALLAH.
Foto menunjukan Pengarah Sektor Pengurusan JAN, Tn Hj Abd Aziz menyerahkan sumbangan yang berkenaan. Dalam foto juga kelihatan Tn Hj Freddy dari Sarawak yang turut serta menghadiri majlis ini. Beliau ketika itu adalah dalam perjalanannya pulang ke Sarawak setelah mengziarahi anaknya di Maahad Tahfiz Al-Ansori . (ketika cuti Maahad selama empat hari ).
Selain dari itu, pihak JAN juga telah meluluskan untuk memberikan sumbangan dalam bentuk perabut terpakai kepada pihak Maahad. Dari itu, beberapa rak, 1 kabinet fail, 2 'display cabinet', softboard dan lain lain alatan perabut telah diserahkan kepada pihak Maahad. InsyaALLAH, kesemua alatan itu akan pihak kami manfaatkan untuk kebaikan dan kegunaan Maahad ini dalam urusan seharian.
*****************
Sementara itu, pihak syarikat Narzack Engineering Sdn Bhd dari Puchong telah bermurah hati untuk menyumbangkan RM200 untuk tabung pembangunan Maahad. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih pada Narzack Sdn Bhd. Sumbangan telah diberikan kepada wakil Maahad di pejabat Syarikat yg bertempat di Putra Perdana, Puchong.
Mafhum Hadith Nabi:
"Dari Nukman bin Basyir r.a, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Anda lihat orang-orang yang beriman itu dalam saling kasih-mengasihi, saling cinta-mencintai dan saling tolong-menolong, seperti sebatang tubuh. Kalau ada salah satu anggota yang terkena penyakit, seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas." [Riwayat Bukhari]
Monday, June 29, 2009
Ziarah Ke Maahad.
Assalamualaikum,
Pihak Maahad telah menerima kunjungan keluarga Allahyarham Hamzah Bin Tahir untuk ziarah dan sumbangan kpd Maahad atas nama Allahyarham.
Dengan itu sejumlah RM4000.00 telah diinfaqkan oleh keluarga Allahyarham untuk Tabung Pembangunan Maahad. Pihak keluarga Allahyarham juga telah mengadakan majlis tahlil arwah bertempat di Maahad ini sendiri pada minggu berikutnya.
Semoga rohnya diampuni ALLAH dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Thursday, June 4, 2009
Logo Maahad Tahfiz Al-Ansori
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,
Berikut adalah logo Maahad yang telah direka cipta oleh Mudir Maahad sendiri Ust Azhari Abu Hassan.
Serban Putih melambangkan mengamalkan Sunnah Nabi s.a.w. pada setiap masa dan ketika. Untuk beramal melaksanakan perintah ALLAH dan menjauhi laranganNya adalah terkandung dalam Sunnahnya Rasulullah s.a.w. Warna putih adalah lambang kesucian dan warna kesukaan Rasulullah s.a.w.
Kubah Masjid Hijau itu melambangkan Kubah Hijau di Masjid Nabawi iaitulah Maqam Rasulullah s.a.w. Ianya juga secara umumnya menggambarkan bahawa Masjid itu lambang perpaduan umat Islam. Segala urusan Umat ini bermula di Masjid sepertimana ketika di zaman baginda Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.anhum. Hanya mereka yang beriman sahaja lah yang layak memakmurkan Masjid yakni rumah ALLAH. Salah satu golongan yang mendapat teduhan ALLAH pada hari tiada naungan di Mahsyar ialah Pemuda yang hatinya tergantung pada Masjid.
Mafhum Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Allah swt. akan memberikan naungan kepada tujuh jenis orang pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah.
Akhirnya, segalanya terangkum dalam motto Maahad iaitulah "Taat ALLAH, Amal Sunnah, Berjaya"










