Assalamualaikum warahmatullah,
InsyaALLAH bermula pada minggu hadapan ini, anak anak akan mula bercuti 4 hari iaitu pada 17 Jamadil Akhir (11 Jun) sehingga 20 Jamadil Akhir (14 Jun) 1430 bersamaan dgn hari Khamis hingga Ahad.
Pada Ibubapa dan penjaga, anak-anak buleh mula diambil/dihantar pada jam 0900 H hingga 1800 H.
Selamat bercuti diucapkan pada anak anak dan ibuayah serta penjaga. Sebarang masalah sila hubungi pihak Maahad.
Saturday, May 30, 2009
Cuti Bakal Bermula
Labels:
Makluman
Tuesday, May 12, 2009
Jemputan Majlis
Assalamualaikum,
Pihak Ma'ahad mendapat jemputan dari pihak pengurusan Surau di Ara Payung dekat Batu Gajah. Berikut adalah gambar gambar pada hari tersebut.

Adik Nuratikah memperdengarkan bacaan Al-Qur'an..
Adik Zikri juga memperdengarkan bacaan ayat ayat suci Al-Qur'an..Majlis juga telah menjemput AF Ust Kazim Elias Al-Hafiz untuk menyampaikan tazkirah pada hari tersebut. Pihak Maahad mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli khariah Ara Payung yang turut sama menginfaqkan sebahagian dari harta mereka untuk Maahad ini. Menurut Mudir, sejumlah RM Seribu lebih telah berjaya dikumpulkan. Wang sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pengurusan Maahad dan untuk Dana Pembangunan Maahad.
Juga atas layanan mesra yang diberikan kepada pihak kami selaku tetamu adalah amat-amat kami hargai. Sesungguhnya Umat Islam itu bersaudara tak kira bangsa, tempat atau sempadan. Semoga kita semua dihimpunkan olehNya dalam JannahNya yang kekal abadi dan dijauhkan dari Azab Api Neraka..
Mafhum Hadith:
" Dari Nukman bin Basyir r.a, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Anda lihat orang-orang yang beriman itu dalam saling kasih-mengasihi, saling cinta-mencintai dan saling tolong-menolong, seperti sebatang tubuh. Kalau ada salah satu anggota yang terkena penyakit, seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita kesakitan." [Riwayat Bukhari]
Labels:
Event
Subscribe to:
Posts (Atom)











