Assalamualaikum,
Agak lama tak update lantaran musibah dan pekara perkara lain datang melanda. Kali ni izinkan saya buat berita retro yang berlaku dalam 2-3 minggu yang lepas.
Pihak Maahad telah berbesar hati menerima kedatangan Ust Azhan dari Pusat Motivasi At-Taqwa yang menawarkan khidmatnya untuk memberi ceramah motivasi kepada anak-anak Maahad ini.Beliau dan tim telah datang dengan susah payah, membawa peralatan audio visual dan program yang dirangka untuk memberikan sumbangan dalam bentuk Ilmu kepada anak-anak ini. Alhamdulillah, program telah berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran.
Berikut ada video dan gambar gambar sekitar program. Harap maaf kualiti Video kurang baik lantaran pihak Maahad tidak mempunyai Video Camera yang sesuai. Hanya kamera digital biasa milik Mudir yang digunakan untuk merakam video tersebut. Segala puji bagi ALLAH yang mengizinkan video ini dan gambar gambar dimasukkan ke Blog ini insyaALLAH.Peringkat awal program, anak anak kelihatannya bersemangat untuk menjalani program ini dengan jayanya.
"Hanya pada Mu Ya ALLAH kami berserah dan kepada Mu Ya ALLAH kami berlindung, ampunilah dosa dosa kami Ya ALLAH dan ampunkanlah dosa dosa ibu ayah kami Ya ALLAH..." anak anak sedang berdoa memohon keampunan kepada Yang Maha Esa untuk ibu dan ayah serta keluarga dan umat Islam seluruhnya.

"Hanya ALLAH yang tahu apa yang ada dalam dada ku... "

"Ya ALLAH! Ampunilah dosa ibu dan ayah juga diri ku..berilah taufiq dan hidayahMu kepada seluruh Ummat Islam yang mahu dan dambakan syurgaMu...."
Kalau tak boleh menangis pun, paksa untuk nangis, tak boleh juga, maka berusahalah kelihatan seperti menangis memohon keampunanNya..
Anak anak termuda Maahad..lembut hatinya.. Semoga Al-Qur'an menjadi penyuluh hidup kalian sampai akhir nanti insyaALLAH. Bakal bakal para ulama' generasi masa hadapan insyaALLAH.
Airmata keinsafan ...
Sessi bergambar di awal program dengan Tim A.F. Ust Azhan, Pusat Motivasi At-Taqwa
Lagi gambar di awal progam
Wakil muslimat Pej SUK beramah mesra dengan Ustazah Zahidah darihal Pendidikan dan Pengurusan Maahad.








