Tuesday, March 31, 2009

Korban

Assalamualaikum,


Dimakluman Maahad telah mendapat sebuah kenderaan iaitu Kereta Nissan 120Y yg telah diinfaqkan untuk jalan ALLAH oleh seorang hamba ALLAH. Namun begitu, ianya tidak termasuk dalam perancangan Fasa ke-Lima yang mana memerlukan kenderaan jenis Bas, Coaster, mini bus atau yang seumpamanya. Maka Fasa Lima Dana Pembangunan masih dalam perancangan dan akan diteruskan insyaALLAH.

InsyaALLAH, korban harta tuan akan dimanfaakan oleh Maahad sepenuhnya untuk jalan ALLAH. Kini Maahad telah ada dua buah kenderaan. Semoga ALLAH menerimanya sebagai amal jariah yang berkekalan insyaALLAH.

Sunday, March 29, 2009

LAWATAN

Assalamualaikum,
Pagi Jumaat yang lalu, pihak Maahad menerima pelawat dari Pejabat SUK Negeri Perak.

Tujuan lawatan adalah atas dasar kebajikan. Difahamkan setiap bulan pihak Pejabat SUK mengadakan tabung sumbangan staf staf SUK negeri yang mana hasil dari tabung ini akan diinfaqkan kepada badan badan kebajikn seperti Rumah Anak Yatim, Rumah OrangTua dll.

Menurut wakil yang datang melawat, Maahad Tahfiz Al-Ansori adalah yang pertamanya dilawati selain daripada rumah rumah kebajikan yang lain. Walaupun Maahad Tahfiz Al-Ansori bukanlah rumah kebajikan namun pihaknya menimbangkan juga untuk disalurkan sumbangan tersebut. Maka untuk itu lawatan itu diadakan.

Apapun, pihak Maahd mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian untuk datang melawat ke tempat kami. Sebenarnya ada lagi pelawat pelawat lain termasuklah individu individu yang prihatin dan merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk membantu Maahad telah datang melawat ke tempat kami. Sememangnya Pintu Maahad ini sentiasa terbuka untuk diziarahi oleh Umat Islam semua lantaran Maahad ini adalah milik Umat Islam seluruhnya.

Sekiranya tuan puan berhasrat untuk membuat lawatan atau menziarahi Maahad ini, tuan puan boleh lah menghubungi Mudir Maahad ini melalui no telefon 013-5201150 supaya pihak Maahad dapat bersedia menanti dan menyambut kedatangan tuan puan kelak insyaALLAH.

InsyALLAH, melalui blog ini, pihak kami akan memaparkan keperluan keperluan harian yang mana mungkin ada di kalangan umat ini yang ingin turut sama membantu menggerakkan Maahad ini. Ini adalah kerana terdapat juga pertanyaan tentang keperluan harian yg mana ada pihak pihak yg ingin menyampaikannya kepada Maahad. Selama hari ini, blog ini digunakan untuk memperkenalkan Maahad kepada semua Umat Islam dan juga melancarkan Dana Pembangunan mengikut Fasa seperti mana yg tuan puan boleh lihat di kiri Blog ini. Sasaran kutipan adalah RM1 juta.

Namun begitu, ada juga pertanyaan yg diajukan berkenaan bil bulanan, makan minum, kenderaan dan lain lain perbelanjaan harian. Maka dari itu, perkara ini akan dimasukkan pada sebelah kiri Blog ini iaitu di bawah kotak Dana Pembangunan insyaALLAH.

Pada semua umat Islam di seluruh dunia tak kira di mana kalian berada, doa tuan puan adalah kami dambakan. Marilah kita bersama sama bergerak mengikut kemampuan kita masing masing dalam menjayakan usaha ini. Semoga ALLAH menerimanya dan mempermudahkan urusan kita nanti di dunia dan di akhirat.

Wassalamualaikum.

p/s: Ketika posting ini dipublish, senarai keperluan mungkin belum lagi kami upload. Harap dapat semak di lain masa. InsyaALLAH dimulai dengan No Akaun Bil Elektrik dan Bil Air.

Monday, March 16, 2009

Cuti

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, anak-anak telahpun pulang dari bercuti (semalam ) dan telah pun memulakan pengajian mereka.


Diharapkan setelah ini dgn kerjasama ibubapa dan penjaga, anak anak akan lebih bersemangat lagi untuk berusaha menjadi seorang Hafiz insyaALLAH. Doa ibubapa mengiringi anak-anak sekelian sepanjang proses pengajian dan seterusnya seluruh hidup mereka kelak insyaALLAH.

Wednesday, March 11, 2009

Musim Cuti

Assalamualaikum,

Bermula hari ini, anak anak kita telah mula bercuti pulang ke kampung menemui ibubapa mereka.

Mereka akan melapur semula pada AHad depan untuk meneruskan pengajian insyaALLAH. Semoga selamat perjalanan pergi dan balik anak-anak ini dan semoga lepas lah rindu kaum keluarga setelah sekian lama berpisah kerana ALLAH.

Untuk itu Maahad akan ditutup sementara dan Mudir serta keluarga juga mengambil kesempatan ini untuk menziarahi keluarga di kampung.

Majlis Maulidurrasul

Assalamualaikum,

Sehari selepas Majlis Minum Petang anjuran TKO Central dan UOL berlangsung, di Perak Masjid Ittihadiah mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul pada 13 Rabiul awwal bersamaan dgn 10 Mac 2009. Seekor Kerbau tumbang hasil ibadah Aqiqah yang dibuat oleh anak-anak kariah Masjid.

Majlis bermula selepas Solat Isya' . Anak-anak kita dijemput untuk memperdengarkan Selawat Nabi s.a.w. pada malam itu sebagai pembuka majlis.


Muhammad Zikri paling kanan menjeling kpd Kamera.. sorri dik, tak masuk tv, masuk blog jer..


Khemah yang disediakan untuk para Muslimin iaitu di Kanan Pentas.


Khemah para Ibu kaum Muslimat, di kiri Pentas





Pandangan belakang, di kanan khemah Muslimin dan di kiri khemah Muslimat.


Selepas selesai Selawat, anak anak pula duduk di hadapan pentas untuk mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Penceramah Jemputan Ust Shahrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Ustaz budak, dari Kelantan.


Eh! Ini bukan Ust Budak yang dimaksudkan, walaupun ini memang betul betul budak dan berumur 9 tahun. Ni adik Ibrahim bin Ghazali. Ustaz budak sebenar belum sedia! Oleh kerana ramai mengerumuni Ustaz, nak makan pun slow jadinya, maka ada slot tambahan yang mana adik Ibrahim Bin Ghazali memperdengarkan bacaan Al-Qur'an Juzk 4, Surah Ali Imran sementara menantikan Ust penceramah jemputan sedia.

Tinggi skit je adik Ibrahim ni dari meja kat depan dia tu..- Pandangan tepi kanan belakang.


Inilah dianya Ustaz Budak, malangnya inilah gambarnya yang ok skit, gambar kedua blurred yang mana setelah itu bateri kamera pun habis. Tak sempat cas pasal baru sampai dari KL .

Semoga aktiviti sebegini memberikan satu pendedahan kepada anak-anak untuk terjun ke tengah tengah masyarakat kelak sebagai Daie penyampai berita benar dari Al-Qur'an dan Hadith insyaALLAH.

Majlis Anjuran TKO Central dan UOL

Assalamualaikum,

Pada 9 Mac yang lalu, satu Majlis Minum Petang telah dianjurkan oleh pihak TKO Central http://www.tranungkite.net/ secara bersama dengan UOL - http://www.utaraonline.net/ untuk mengumpulkan dana untuk 2 buah Maahad yang telah diktirafkan sebagai projek angkat TKO iaitulah Madrasah Al-Insaaniyyah (di Setiu, Terengganu) dan Maahad Tahfiz Al-Qur'an dan Hadith Al-Ansori.




Majlis diserikan dengan kesudian YB Ulu Langat iaitu YB Dr Rusli Che Mat untuk turut sama hadir dalam majlis yang dianjurkan. Juga dikelilingi oleh sahabat sahabat maya yang sporting dan sanggup bersusah payah menjayakan Majlis ini. Pada Yang Berhormat, terima kasih kami ucapkan. - Foto oleh Monalito



Sapa nak sangka program yang sekecil dan sederhana begini pun dapat mencuit hati seorang bertaraf YB untuk turun sama meraikan. Terima kasih YB dan selamat berkhidmat untuk Agama dan Negara!



Sembang sembang dengan Mudir Madrasah Al-Insaaniyyah, Setiu Terengganu. Mudir ni guru saya nih..
Sessi penerangan dan taklimat ringkas berkenaan Maahad Tahfiz Al-Ansori. Sebelum itu taklimat ringkas diberikan oleh Mudir Madrasah berkenaan Madrasah Al-Insaaniyyah. Malangnya tiada gambar saya ambil. - Foto ini saya tak tahu sapa ambil, mungkin saudara Toppek.



Salah seorang Penganjur Majlis merangkap Tuan Rumah iaitu Encik Sham menyampaikan sumbangan yang dibuat oleh ahli TKO dan UOL kepada Mudir Madrasah Al-Insaaniyyah.



Tiba giliran Maahad Al-Ansori yang mana disampaikan oleh salah seorang Penganjur Majlis iaitu Encik Uma. - Foto dari Blog http://www.al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/


Antara yang hadir awal dan tak sempat ditemui sebahagian mereka ini yang terpaksa meneruskan perjalanan ke Selatan. Mohon maaf lah kami lewat sampai... sesaatttt!


p/s 1: Sumbangan pada hari ini adalah hasil daripada mereka yang hadir pada hari itu.

P/s 2:Sebenarnya TKO telahpun melancarkan kutipan untuk kedua Madrasah dan Maahad ini sejak Bulan Januari lagi, namun pada hari ini Bendahari TKO tak dapat hadir untuk menyampaikan kutipan infaq yang telah disumbangkan oleh Ahli TKO seluruh Negara dan luar Negara yang telah menyumbang sejak Dana ini dilancarkan. Pada Malam esoknya ketika saya baru sampai ke Ipoh, Bendahari TKO memaklumkan bahawa sumbangan berjumlah RM1635 akan terus dimasukkan ke dalam Akaun Maahad. Terima kasih pada semua penyumbang, moga moga ALLAH berkati dan ALLAH terima sebagai Amal Jariah yang berkekalan insyaALLAH.


Tuesday, March 10, 2009

Tilawah Hafiz 2

Assalamualaikum w.b.t.

Keputusan Ujian Tlawah tahun ini, Maahad Al-Ansori mencapat saguhati dan tiada muslimat yang dapat tempat 1,2 dan 3. Nampaknya utk kategori 1-15 juzuk (satu satunya kategori yg disertai oleh Maahad) kedua dua peserta muslimat tak berjaya mendapat markah standard yang telah ditetapkan. - Dalam kategori hafazan 1-15 juzk, hanya 2 peserta muslimat daripada keseluruhan peserta ujian seramai 15 orang.

Untuk itu, tiada yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga tetapi hanya diberi saguhati.
Inilah bezanya Tilawa Tahfiz dengan Tilawah Qur'an yang lainnya. Juara tahun lalu tak semestinya menyandang tempat yang sama pada tahun berikutnya kerana ianya berdasarkan hafazan. Sekiranya ada yang terlupa maka kuranglah markahnya.

Mungkin ada yang tertanya kenapa hanya seorang dan bukan lebih yang menyertainya. Ini adalah kerana untuk masuk Ujian ini salah satu kategorinya adalah mengikut peringkat umur. Maka kebanyakan pelajar anak anak kita masih belum cukup umur. InsyaALLAh tahun depan bilangan wakil Maahad akan bertambah.

Apapun, doa dan harapan kita agar semakin ramai para ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke samada Maahad Tahfiz mahupun institusi agama lainnya. Semoga bersemaraklah cahaya addin ini pada generasi yang akan datang iaitu bakal pemimpin negara insyaALLAH.

Ketika keputusan ini dibacakan, saya berada di Kajang kerana menghadiri sebuah majlis yang lainnya yang mana telah diusahakan oleh rakan-rakan yang prihatin dan ingin turut sama berganding bahu dalam usaha agama ini mengikut kemampuan dan cara masing-masing.

Maaf tiada gambar sekitar majlis itu, insyaALLAH kelak akan saya usahakan untuknya daripada Mudir Maahad yg menghadiri majlis itu.

2 Hari Di KL

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, sebagaimana yang pernah diumumkan pada'shoutbox' atau sudut 'Salam Ukhuwah' di blog ini, saya dan Mudir Maahad telahpun berjaya membuat ziarah dan pertemuan dgn beberapa individu di KUala Lumpur pada minggu lepas iaitu pada 03 Mac 2009

Setinggi tinggi penghargaan kami rakamkan untuk Syarikat Bogen Sdn Bhd, Syarikat Management Qalbu, dan beberapa orang sahabat yang telah sudi untuk menghulurkan sumbangan bagi sama sama menggerakkan maksud dan tujuan Dana Pembangunan Maahad ini. Sejumlah RM5600 telah dikumpulkan hasil infaq saudara saudara sekelian di KL, Shah Alam dan Kajang. Ada beberapa individu yang ALLAH tak izinkan untuk kita bertemu, semoga ALLAH mempertemukan kita di lain masa insyaALLAH.

Pada tuan tuan yang mulia, Semoga ianya menjadi amal jariah yang bermanfaat dan berkekalan hingga ke akhirat. Tidak lupa juga layanan dan sambutan yang teramat mesra dari tuan tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.


ALLAH juga telah memberikan kesempatan untuk sama sama menghadiri ke majlis tahlil yang dibuat oleh Bogen Sdn Bhd pada malam akhir kami di sana bersama sama dengan sekumpulan anak anak Yatim dari kawasan berdekatan. Semoga jalinan ukhuwah ini berkekalan ke akhirat.


Jazakallahu khairan Kathira..

Wednesday, March 4, 2009

Tilawah Hafiz

Assalamualaikum,

InsyaALLAH pihak INTIM (Institut Tadbiran Islam Perak) mengadakan Majlis Ujian Hafazan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan pada 7,8 dan 9 Mac 2009.

Pihak Al-Ansori akan menghantar seorang wakil iaitu NurAmirah Binti Azhari. Untuk tahun ini, Adam tak masuk ujian atas sebab sebab tertentu manakala adik Ibrahim Bin Ghazali pula tak cukup umur lagi. InsyaALLAH mungkin tahun depan boleh hantar sama Adam, Ibrahim dan Mu'az serta mungkin beberapa orang lagi sekiranya layak.

Adik Nur Amirah akan mengikuti kategori Hafazan Juzuk 1 hingga 15.

Tuan/puan yang ada kelapangan masa dijemput sama untuk mengikuti Majlis ini di INTIM. Tuan/puan bolehlah menghubungi pihak Urusetia Majlis iaitu di talian 05-2558148.

Doakan segalanya berjalan dengan lancar insyaALLAH.

Wassalamualaikum warahmatullah.