Assalamualaikum warahmatullah,
Dengan ini kami ingin membuka peluang kepada umat Islam seluruhnya untuk sama sama berganding bahu bantu membantu ke arah kebaikan dan bersama sama dengan kami untuk membangun dan memajukan Ma'had ini untuk anak anak kita semua.
Umum telah mengetahui tentang perolehan bangunan baru di sebalah Ma'had ini yang mana ianya merupakan satu anugrah ALLAH yang amat bernilai dan dengannya insyaALLAH akan bertambahlah bilangan anak anak pelajar Ma'had dan guru-guru yg berkhidmat di Ma'had.
Untuk itu, berikut adalah senarai peralatan yang diperlukan untuk melengkapkan peralatan dalam bangunan kelak insyaALLAH. Umat Islam yang berhajat boleh menyampaikan dalam bentuk peralatan itu sendiri ataupun dalam bentuk kewangan. Sekiranya disampaikan dalam bentuk kewangan terus ke akaun Ma'had, mohon supaya dinyatakan kepada kami melalui emel. Ini adalah kerana serentak dengan ini pula, Fasa 2 Pembangunan Maahad sedang berlangsung, sekiranya dimasukkan ke akaun berkenaan tanpa memaklumkan kami, maka ianya akan dikira infaq utk projek Fasa 2 Maahad. InsyaALLAH infaq dan korban tuan puan ALLAH akan nilaikan, hanya kami menyediakan peluang utk tuan puan pilih sendiri.
Berikut adalah alatan yang diperlukan:
Peralatan Dapur
1. Cerek Elektrik - 2 buah - (kami tak menggunakan airpot atas sebab keselamatan)
2. Peti Ais (Chiller) - 1 buah
3. Peti Ais besar (Freezer) - 1 buah
4. Periuk Nasi elektrik (Besar) - 2 buah
5. Talam Plastik Besar (tanpa corak) - 12 biji
6. Gelas Plastik (tanpa tangkai) - 60 biji
7. Dapur Gas - 2 buah
8. TOng Gas - 4 biji
Keperluan Pejabat/Pengajian
1. Komputer c/w HD printer/scanner - 1 set
2. Mesin Fotostat - 1 buah
3. Mesin Fax - 1 buah
4. Papan Putih Besar - 3 buah
5. Papan Putih Sederhana - 5 buah
6. Whiteboard Marker - Merah - 04 kotak (dozen)
- Biru - 04 kotak (dozen)
- Hitam - 04 kotak (dozen)
7. Permanent Marker - Merah - 01 kotak (dozen)
- Biru - 01 kotak (dozen)
- Hitam - 01 kotak (dozen)
8. Table GS - 20 buah
9. Kerusi Plastik - 40 buah (Table GS dan Kerusi plastik utk kelas dewasa - KAFA)
10. Alat Perakam Suara - 2 buah
11. Kaset mikro - 5 dozen
12. KErtas Fotostat A4 - 10 ream
Keperluan Am
1. Kipas Syiling - 14 unit
2. Kipas berdiri (stand Fan) - 5 unit
3. Mesin Basuh Fully Auto with Dryer - 3 buah
4. Video Recorder - 1 set
5. Tannoy System - 1 set
6. Jam Solat (saiz sederhana) - 2 buah
7. Bantal tidur (60 biji) - RM600.00 (Kami hanya terima dalam bentukwang utk tujuan penyeragaman - mohon jgn hantar bantal pada kami)
8. Tikar Plastik besar (jenis lipat) - 10 buah
9. Water Pump - 1 buah
10. Penapis Air - 2 buah
11. Shower Heater - 2 unit - utk kegunaan anak anak yg mengidap Asthma.
Demikianlah senarai keperluan alatan yang dapat kami fikirkan buat masa ini. Sekiranya tuan puan berhajat untuk menyumbang, kami sedia terima alatan yang masih boleh digunakan dan tak semestinya alatan baru. Alatan terpakai tapi masih baik juga kami terima utk kegunaan kami semua di Maahad insyaALLAH.
Senarai ini nanti akan kami paparkan di sebelah kanan Blog ini insyaALLAH. Tuan puan boleh merujuk di situ nanti untuk senarai keperluan terkini.
Wassalamualaikum warahmatullah.
Wednesday, October 14, 2009
Keperluan Peralatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










0 comments:
Post a Comment