Thursday, October 8, 2009

Akaun BIMB Maahad

Assalamualaikum warahmatullah,

Dengan ini dimaklumkan bahawa akaun Bank Islam 08-013-02-345584-3 telah ditutup berikutan berlaku salah faham antara AJK.

Mesyuarat memutuskan untuk membuka akaun Al-Awfar dgn Bank Islam dan di masa yang sama mengekalkan akaun sedia ada (08-013-02-345584-3 ) namun begitu telah berlaku salah faham sehinggakan akaun tersebut telah ditutup dan dibuka akaun Al-Awfar yang baru itu. Sepatutnya akaun baru itu menjadi akaun tambahan dengan Bank Islam tetapi ianya telah dijadikan sebagai akaun tunggal dengan BIMB (menutup akaun asal/lama).

Perkara ini baru dapat dikesan setelah menerima makluman kegagalan untuk mendepositkan ke akaun berkenaan oleh beberapa orang muslimin dan muslimah baru baru ini. Justeru itu pihak Maahad berusaha untuk membuka semula akaun tersebut tetapi ianya tidak dapat dilakukan oleh pihak Bank.

Dengan ini pihak Maahad memohon maaf atas segala kesulitan yang telah dialami oleh tuan puan di luar sana. Pihak Maahad sendiri telah mencetak brosur yang banyak dan terpaksa meminda no akaun tersebut. Pada muslimin dan muslimat yang turut sama menyebarkan brosur berkenaan, mohon maaf dari kami atas kekhilafan dan kedhoifan pihak kami. Mohon maaf pada semua.

Namun begitu, akaun Maybank Islamic tidak berubah.

Berikut ada no akaun Maahad di Bank Islam yang baru untuk rujukan semua : 08-013-0234-8971-4

Harap Maklum.

Wassalamualaikum

0 comments: