Assalamualaikum warahmatullah..
Berikut adalah gambar gambar keadaan rumah yang baru diperolehi oleh Maahad. Banyak kerja kerja senggaraan perlu dilakukan sebelum boleh digunakan untuk tujuan pengajian kelak insyaALLAH..
Bahagian ruang utama rumah. Masih terdapat barang barang yang tak diperlukan dalam rumah ini (ketika gambar diambil) yang perlu dibuang. Kelihatannya tangga untuk ke tingkat atas dan juga pintu ke ruang dapur. Bahagian syiling ada terdapat kebocoran yang perlu ditangani dan dibaiki.
Terdapat dua buah bangsal kecil di tepi rumah ini. Mungkin untuk kegunaan meletak peralatan kebun. Mungkin juga tempat sembahan pemilik rumah ini dahulunya. Bangsal ini akan dirobohkan. Kelihatan jalan ke bahagian belakang agak semak sebelum ini.
Syiling pecah di bahagian tangga menuju ke tingkat atas. Bumbung rumah ini perlu dibuat sengaraan bagi mengelak kebocoran yang lebih besar berlaku di masa hadapan.
Operasi pembersihan kawasan sedang dijalankan. Kawasan berumput ini akan disimen kelak bagi mengelak berlakunya becak dan lecah dalam kawasan Maahad. UNtuk makluman, tanahnya adalah tanah jenis gambut dan lembut.
Pandangan dari bucu pagar, porch dan keadaan pondok wakaf di bangunan sewaan Mahad sekarang (di bangunan sebelah). Rumput juga telah dipotong untuk tindakan selanjutnya.
Gambar close-up kebocoran di syiling pada tingkat bawah bangunan.
Bahagian belakang rumah. Banyak nyamuk di sini! Kelihatannya berkongsi dinding pemisah dengan bangunan sewaan Maahad sekarang. InsyaALLAH, satu pintu akan ditebuk bagi menghubungkan bahagian dapur kedua bangunan ini kelak.
Keadaan atap yang uzur dan mereput. Juga jenang tingkap juga mereput.
Atap dan syiling bahagian belakang mereput.
Gambar dari seberang jalan hadapan Maahad sekarang ini. Kini, kedua dua bangunan akan dimanfaatkan untuk tujuan pengajian Kitab ALLAH iaitulah Al-Qur'an. Bacaan ayat ayat suci akan berkumandang dari dinihari hingga lewat malam di sini. Syukur pada ALLAH dan terima kasih pada semua yang sudi berkorban wang, masa, harta serta mendo'akan kejayaan Maahad Al-Ansori ini. Maahad Al-Ansori, milik kita semua umat Islam.Untuk Elektrik dan Air, belum lagi disambungkan semula ke bangunan ini. InsyaALLAH kelak bila telah disambungkan semula, akan dipaparkan no bil utiliti di web ini untuk memudahkan mereka yang mahu membayarkan bil elektrik dan air kegunaan Maahad. Buat masa ini, no bil bangunan sewaan Maahad masih yang sama dan dipaparkan pada sebelah kanan web ini.










0 comments:
Post a Comment