Assalamualaikum,
InsyaALLAH, satu Ijtima' umat Islam bakal dilangsungkan pada 9 hingga 12 Julai ini di masjid kuarters klia bandar ENSTEK dekat trek F1, Sepang. Perhimpunan seperti ini telah sekian lama tidak dijalankan di Malaysia.
Perhimpunan akan menyaksikan umat Islam dari serata dunia akan berkumpul di bawah satu kalimah yang sama aqidah yang satu. Semua peringkat akan bertemu dan bersilaturrahim tanpa mengira pangkat, darjat, usia, bangsa dan apa sahaja sempadan. Walaupun ianya di peringkat Malaysia tetapi ramai juga jemaah dari luar yang mahu turut menyertainya.
InsyaALLAH, pihak Maahad akan turut serta dengan membawa anak-anak yang berusia 12 tahun ke atas, ada dalam enam orang (dengan izin ibuayah/penjaga). Anak anak akan diiringi oleh Mudir dan beberapa orang sukarelawan lain dan akan bergerak dengan jemaah lain. Kami akan bergerak pada 9 Julai dan balik pada 12 Julai insyaALLAH.
Doakan perjalanan kami mendapat keberkatan dan kesukaan ALLAH dan doakan agar perjalanan Ijtima' kali ini akan berjalan dengan lancar.
p/s: 1. Dua hari lepas ada jemaah dari Hebron, Palestine datang berziarah ke mari.
2. DIberitakan jemaah dari Thailand seramai 10,000 orang bersedia untuk datang ke ijtima'. Jumlah yang dapat ditampung belum diputuskan.
Thursday, July 2, 2009
Ijtima' Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










0 comments:
Post a Comment