Sunday, July 26, 2009

Gambar Anak-Anak di Ijtimak

Assalamualaikum,

Persiapan ke Ijtimak Malaysia yang lalu, akhirnya 9 orang anak-anak yang dibawa bersama, tambahan 2 orang.


Bersiap siaga dengan alatan 'tempur' ... mcm mcm wajah ada, ada mencebik, ada yg serius juga yg tersenyum sinis..hanya ALLAH yang tahu apa dalam fikiran anak anak ini.

Closed up wajah pejuang cilik.. Idris tersenyum kambing. Adam dah ngantuk agaknya, Abg Ashabul Yamin menjeling serius tanpa senyuman..risau fikirkan umat barangkali..

Eh! Mcm mana ada 10 orang? Ada yang menyelinap masuk? Abg Yamin masih risau berkerut dahi memikirkan umat.. (?)

Ditempatkan di khemah 12. Sedang berehat setelah perjalanan jauh...

Alhamdulillah selamat sampai, tersenyum penuh kesyukuran hanya Abg Yamin masih lagi serius berkerut dahi memikirkan umat.. ehehe

Abg Yamin maintan cool.. mungkin sedang mengulang hafazan dalam hati.


Pada hari ke-3 Ijtimak. Abg Ashabul Yamin baru tersenyum megah duduk di samping Tn Hj Freddy kita yg turun dari Sarawak utk bersama menjayakan Ijtimak. Tu agaknya Abg Yamin bangga tu..jumpa anak Sarawak! Bro Zul macam tak cukup tidur..berjaga semalaman.


Sementara menantikan Asar.. Amir sab di belakang senyum bahagia

Lantaran tak dapat khidmat Ta'am, Idris tidur dgn senduk..



Setakat ini sahaja gambar gambar yang diambil. Setiba di sana nampaknya ALLAH tak izinkan banyak gambar diambil. Tiap kali ALLAH taqdirkan kami lupa atau tertinggal kamera sehinggakan tak dapat mengambil gambar. Hatta dalam perjalanan pergi dan balik pun tiada gambar diambil. Semuanya berlaku atas kehendakNya jua, kita merancang ALLAH juga merancang dan Dia lah sebaik baik perancang!

Semoga ada sesuatu yang dapat dipelajari oleh anak-anak ini tentang Addin ini dan hidup berjemaah. Ada ramai lagi umat Islam di luar sana di seluruh dunia dan ada berbagai rupa, bahasa, bangsa dan keturunan yang berbeza namun semuanya sama sahaja di sisi ALLAH yang membezakan hanyalah Taqwa. Dapat bersolat berjemaah 5 waktu selama 4 hari di sana bersama lebih 200 ribu jemaah adalah amat membahagiakan. Syukur kepada ALLAH yang telah memilih kami untuk dapat bersama dalam ijtimak ini.

Kini, ada kerja menanti, ada tugas perlu dibereskan, ada misi perlu dicapai. Semoga hidup ini bermanfaat dan mendapat redhoNya di dunia dan di akhirat. Taat ALLAH, amal SUNNAH, berjaya!

0 comments: