Monday, July 6, 2009

Fasa 1 Dana Pembangunan

Assalamualaikum,

Sehubungan dgn posting blog terdahulu berkenaan laporan kurang tepat Media Sinar Harian, berikut ini secara ringkas prestasi Fasa 1.

Sebagaimana maklum, Fasa 1 adalah fasa pertama daripada Tujuh (7) Fasa Dana ini yang mengsasarkan kutipan dana berjumlah RM1 juta bagi menjayakan projek pembangunan Maahad ini. Boleh dirujuk akan Fasa Pembangunan Maahad ini pada kolumn sebelah kanan blog ini bertajuk 'Dana Pembangunan' secara ringkas. Fasa 1 adalah untuk mengambilalih hakmilik ke atas bangunan di sebelah bangunan sewaan Maahad sekarang ini..





Kemajuan/progress semasa Fasa 1

Pihak Maahad telah pun mengambil langkah awal pemilikan dengan membuat bayaran deposit sebanyak 10% ke atas harga bangunan iaitu sebanyak RM23,500.00 daripada harga jualan RM235,000.00 (harga setelah rundingan). Pihak Maahad tak dapat menunggu dan mengambil masa yang lebih lama lagi memandangkan telah ada beberapa pihak luar yang menunjukkan minat untuk membeli bangunan tersebut. Beberapa lawatan ke bangunan berkenaan telah dilakukan oleh individu-individu berkenaan. Justeru itu, Maahad telah membuat bayaran tersebut sebagai menyatakan niat untuk membeli bangunan berkenaan sekaligus menghalang pihak lain untuk membelinya.

Pembayaran telah dibuat melalui Pejabat Peguam Ammar Aziz & Co. yang telah dilantik sebagai peguam Maahad untuk urusan jual beli ini. Dalam syarat perjanjian menyatakan pihak Maahad perlu menjelaskan bayaran baki keseluruhan harga bangunan dalam tempoh 3 bulan yang mana bakal berakhir pada 31 Julai ini. Pihak peguam bagaimanapun telah menasihatkan Maahad supaya menyediakan baki keseluruhan harga bangunan ini selewatnya 20 Julai 2009. Ini adalah kerana ianya akan mengambil masa untuk urusan pindah milik dan lain-lain perkara. Sekiranya pihak Maahad gagal melangsaikan jumlah baki penuh harga bangunan pada tarikh yang telah ditetapkan, maka Maahad akan dikenakan Faedah atas baki pada kadar 1% harian.

Sehingga kini, pihak Maahad telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM64,500.00 (termasuk deposit RM23,500.00) hasil dari sumbangan orang-perseorangan, kaum keluarga pelajar dan syarikat-syarikat tempatan yang mahu turut sama membantu dalam usaha agama ini. Maka dengan jumlah ini, Maahad masih memerlukan sejumlah RM171,000.00 untuk melangsaikan keseluruhan harga belian bangunan tersebut.

Laporan Sinar mengatakan wang deposit hangus sekiranya tidak dibayar mengikut tarikh sekian adalah kurang tepat. Wang deposit tidak hangus selepas tempoh itu tetapi pihak penjual mula mengenakan faedah sekiranya baki tidak dijelaskan sebelum 31 Julai ini.
Pihak Maahad mengalu alukan sebarang sumbangan dari Umat Islam seluruhnya bagi menjayakan usaha ini untuk anak anak umat Islam ini belajar Al-Qur'an dengan baik dan selesa.
Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun Maahad atau datang sendiri ke Maahad ini seperti mana alamat yang tertera di Blog ini. Semoga ALLAH mempermudahkan kita dalam urusan agama ini dan semoga kita dapat mengelak dari dikenakan faedah (riba) itu.

0 comments: