Assalamualaikum,
Pada 16 Jun yang lalu, pihak Maahad telah menerima jemputan ke Majlis Penyerahan Sumbangan Ikhlas kakitangan Jabatan Audit Negara bertempat di Pejabat Pengarah Sektor Pengurusan Jabatan Audit Negara (JAN) di Putra Jaya. Pihak Maahad melalui wakilnya telah dibawa bertemu dgn Tn Haji Abd Aziz di pejabat beliau untuk menerima sendiri sumbangan tersebut.
Difahamkan ianya adalah hasil sumbangan para kakitangan JAN dan kutipan telah telah dilansungkan selama 2 minggu di kalangan mereka (berbagai departmen) dan kemudian dikumpulkan untuk diserahkan kepada Maahad ini. Terima kasih kami hulurkan pada Pengerusi Kelab Kebajikan Sektor Pengurusan JAN yang telah berusaha untuk mengumpul dan menguruskan kutipan ini. Semoga niat dan hajat tuan puan dalam memberikan sumbangan ikhlas pada pihak kami diterima ALLAH dan dikabulkanNya. Semoga ianya menjadi amal jariah yang berkekalan dan bermanfaat insyaALLAH.
Foto menunjukan Pengarah Sektor Pengurusan JAN, Tn Hj Abd Aziz menyerahkan sumbangan yang berkenaan. Dalam foto juga kelihatan Tn Hj Freddy dari Sarawak yang turut serta menghadiri majlis ini. Beliau ketika itu adalah dalam perjalanannya pulang ke Sarawak setelah mengziarahi anaknya di Maahad Tahfiz Al-Ansori . (ketika cuti Maahad selama empat hari ).
Selain dari itu, pihak JAN juga telah meluluskan untuk memberikan sumbangan dalam bentuk perabut terpakai kepada pihak Maahad. Dari itu, beberapa rak, 1 kabinet fail, 2 'display cabinet', softboard dan lain lain alatan perabut telah diserahkan kepada pihak Maahad. InsyaALLAH, kesemua alatan itu akan pihak kami manfaatkan untuk kebaikan dan kegunaan Maahad ini dalam urusan seharian.
*****************
Sementara itu, pihak syarikat Narzack Engineering Sdn Bhd dari Puchong telah bermurah hati untuk menyumbangkan RM200 untuk tabung pembangunan Maahad. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih pada Narzack Sdn Bhd. Sumbangan telah diberikan kepada wakil Maahad di pejabat Syarikat yg bertempat di Putra Perdana, Puchong.
Mafhum Hadith Nabi:
"Dari Nukman bin Basyir r.a, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Anda lihat orang-orang yang beriman itu dalam saling kasih-mengasihi, saling cinta-mencintai dan saling tolong-menolong, seperti sebatang tubuh. Kalau ada salah satu anggota yang terkena penyakit, seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas." [Riwayat Bukhari]










0 comments:
Post a Comment