Assalamualaikum,
Anak-anak dan pengurusan Maahad baru baru ini ditimpa musibah sakit demam yang melanda hampir serentak pada semua orang.
Justeru itu, pihak Maahad telah memberi cuti kepada beberapa orang murid yg berdekatan dan juga mengasingkan mereka yang lain ke rumah rumah AJK Maahad untuk jagaan rapi. Ini adalah kerana Mudir dan keluarga juga kena musibah ini. Agak sukar untuk mereka menjaga anak anak kesemua sekali memandangkan mereka sendiri pun juga demam. Jagaan rapi diperlukan untuk mereka ini maka oleh itu, pihak Maahad mengambil tindakan memberi cuti pada anak anak yang berdekatan dan ajk Maahad mengambil anak anak untuk dirawat di rumah mereka.
Berkemungkinan sekarang ini musimnya tiba memandangkan seorang sahabat turut mengalami masalah yang sama. Anaknya telah ditahan di wad kerana demam, dan beliau menyampaikan bahawa terdapat ramai murid murid sekolah ditahan di wad. Beliau juga memberitahu sebuah sekolah juga telah ditutup (tanpa menjelaskan sekolah mana).
Justeru itu kami menyeru tuan puan supaya anak anak tuan diberi minum air yang banyak untuk mengurangkan kepanasan dalam badan. Tindakan mencegah adalah lebih baik dari merawat. Buat masa ini, sebahagian besar telahpun pulang ke Maahad, hanya tinggal beberapa orang yang masih belum pulih sepenuhnya. Mudir sendiri belum pulih sepenuhnya tapi beransur sihat.
Sama-samalah kita berdoa agar perkara ini menjadi kifarah kepada mereka yang terbabit dan dengan musibah ini ALLAH mengangkat darjat mereka insyaALLAH. Beberapa peristiwa sebelum musibah ini nampaknya akan dimuatkan kemudian (lewat) memandangkan pihak Maahad agak sibuk menangani musibah yang datang. Apapun, doa tuan puan kami harapkan.
Sunday, April 26, 2009
Musibah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










0 comments:
Post a Comment