Monday, April 13, 2009

Musibah

Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan salah seorang pelajar Maahad ini iaitu Muhammad KhaidarRomadhan Bin Sudibyo telah ditimpa musibah. Datuknya telah pulang ke rahmatullah akibat stroke pada 11 Apr yang lalu.

Muhammad KhaidarRomadhan tinggal bersama Datuknya ini sejak kematian ayahnya ketika berusia 5 tahun. Ayahnya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya bersama dua orang abang Khaidar pada tahun 2004 yg lalu. Dalam kemalangan itu, beliau, ibu dan adiknya terselamat dan sejak tu beliau tinggal bersama datuknya di Pahang.

Jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan kampungnya. Adik Khairdar telah dihantar pulang ke Pahang oleh pihak pengurusan Maahad pada hari kematian dan selamat tiba ke kampungnya pada jam 4.30 pagi. Adik Khaidar turut sama menyolati dan menguruskan jenazah datuknya itu pada pagi tersebut. Semoga Rohnya diampuni ALLAH dan diletakkan sebaris dgn roh roh org org beriman dan dikasihi ALLAH.

Beliau diberi cuti 3 hari dan akan pulang ke Maahad al-ansori melalui Makciknya dari Kedah yang turut berada di Pahang. Dijangka akan bertolak hari ini insyaALLAH. Sama sama kita doakan selamat perjalanan mereka sekeluarga. Amiin..

Marilah juga kita sama sama mendoakan dan menghadiahkan al-fatihah kepada Arwah datuknya Muhd Yusuf, ayahnya Drs Sudibyo dan abang abangnya. Mari kita doakan sama agar anak yatim ini diberi kekuatan oleh ALLAH dan dipilihNya untuk menjadi seorang Huffaz dan seterusnya Ulama' pewaris Nabi di masa depan.. Al-Fatihah.

0 comments: