Sehari selepas Majlis Minum Petang anjuran TKO Central dan UOL berlangsung, di Perak Masjid Ittihadiah mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul pada 13 Rabiul awwal bersamaan dgn 10 Mac 2009. Seekor Kerbau tumbang hasil ibadah Aqiqah yang dibuat oleh anak-anak kariah Masjid.
Majlis bermula selepas Solat Isya' . Anak-anak kita dijemput untuk memperdengarkan Selawat Nabi s.a.w. pada malam itu sebagai pembuka majlis.





Selepas selesai Selawat, anak anak pula duduk di hadapan pentas untuk mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Penceramah Jemputan Ust Shahrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Ustaz budak, dari Kelantan.

Inilah dianya Ustaz Budak, malangnya inilah gambarnya yang ok skit, gambar kedua blurred yang mana setelah itu bateri kamera pun habis. Tak sempat cas pasal baru sampai dari KL .Semoga aktiviti sebegini memberikan satu pendedahan kepada anak-anak untuk terjun ke tengah tengah masyarakat kelak sebagai Daie penyampai berita benar dari Al-Qur'an dan Hadith insyaALLAH.











0 comments:
Post a Comment