Terima kasih diucapkan kepada pasangan suami isteri yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk mencurahkan ilmu ini kepada anak anak dengan menjadi tenaga pengajar dan guru kepada anak anak.
Sayugia dimaklumkan matapelajaran ini adalah berbentuk praktikal yang mana ditumpukan kepada Bahasa Inggeris dan Matematik amalan harian. Boleh dikatakan yang ditumpukan adalah 'Spoken English' yang mana kedua pelajaran ini tidak ditumpukan untuk menjawab peperiksaan dsbnya tetapi lebih kepada amalan harian.
Mereka insyaALLAH akan terjun ke dalam masyarakat kelak maka komunikasi adalah penting dan menjadi pra syarat utama seorang daie. Manakala matematik harian seperti untuk muamalat berjual beli, waktu, isipadu material, gambarajah dan lain lain juga adalah penting dan diberi penekanan dalam kelas.
Dalam Ilmu Fiqh juga amat menitik beratkan akan ilmu Matematik ini seperti dalam Ilmu Fara'id atau Miraath, Ilmu Falak dan juga lain lain perkara yang melibatkan hukum hakam seperti Zakat juga memerlukan kemahiran dalam ilmu matematik. Ulama' silam dulu adalah genius matematik sehingga menguasai pelbagai bidang ilmu antaranya yang terkehadapan ialah:
Al-Khawarizmi (780H - 850H)
Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra.
Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.
Al-Kharkhi
Al-Khindi (801H-873H)
Al-Battani (850H-929H)
Selama 600 tahun sebelum Galgeo (galileo - ansoriyy), Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia.
Nama nama tokoh ini hanya sekadar mengingatkan betapa Islam dan Matematik tak dapat dipisahkan. Ianya adalah salah satu cabangan Ilmu wahyu yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T. untuk umat ini khususnya dan umat manusia amnya. Bukanlah maksud untuk bermegah megah semata mata akan pencapaian umat terdahulu tetapi untuk mengambil ibrah dan pengajaran merenung kebesaran ALLAH S.W.T. dalam mentadbir alam ini.
Perlu juga kita ingat, Ilmu Fara'id ini misalnya adalah ilmu pertama yg akan ditarik dari dada dada umat ini. Lantaran itu ilmu ini menjadi asing pada masyarakat Islam dewasa ini.
Mafhum Hadith Nabi s.a.w.
Semoga sedikit ikhtiar ini dapat memberikan kefahaman dan persediaan awal untuk anak anak ini berhadapan dengan masyarakat awam kelak nanti sebagai seorang Daie insyaALLAH.
Apapun bersyukur kita kepada ALLAH SWT yang telah memilih dan menghantar dua insan yang mulia ini untuk mencurah bakti untuk umat ini. Semoga ALLAH memberkati dan redho akan usaha dan korban yang dilakukan oleh mereka berdua dan selamat perjalanan mereka pergi dan balik insyaALLAH










0 comments:
Post a Comment