Assalamualaikum warahmatullah,
InsyaALLAH satu ujian hafazan peringkat negeri akan diadakan pada tarikh yg belum ditetapkan lagi.
Pihak Ma'had hanya menghantar seorang wakil sahaja iaitu Nur Amirah Bt Azhari bagi kategori hafazan juzk 1 hingga 10. Tiga calon untuk kategori juzk 1 hingga 5 iaitu adik Mu'az, Idris dan Saifullah tidak dapat menyertai ujian kali ini memandangkan kategori ini telah dimansukhkan untuk tahun ini.
Tarikh, masa dan tempat masih belum dipastikan lagi oleh penganjur. Semoga majlis ini dapat menyemarakkan ilmu Al-Qur'an di kalangan umat Islam di negara ini khususnya dan di dunia ini amnya.
Doa tuan puan adalah dipohon untuk kelancaran majlis pada tahun ini insyaALLAH.
Wassalamualaikum.
Saturday, February 6, 2010
Ujian Hafazan Peringkat Negeri
Wednesday, January 13, 2010
Program Cuti Sekolah 2009
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pihak Maahad telah menjalankan Program Cuti Sekolah bersempena dengan musim cuti sekolah yang lalu. Seramai 132 orang telah mengikuti program ini. Anak anak diajar asas Fardhu Ain dan asas Hafazan, adab adab harian, solat, bacaan dalam solat.
Program berlangsung selama sebulan iaitu bermula selepas tamat cuti Hari Raya Eidul Adha Maahad tempoh hari.
Serentak dengan itu juga pihak Maahad ada menjalankan perniagaan membekalkan pakaian seperti Jubah, tudung, serban, seluar, kopiah untuk kegunaan para peserta. Adalah diharapkan juga ianya menjadi sebagai langkah pertama Maahad untuk menceburi dalam bidang perniagaan. InsyaALLAH doa tuan puan adalah diharapkan dalam hal ini.
Bersama ini adalah photo anak anak semasa program berlangsung. (Program berkhatan yg disertai juga berlaku dalam tempoh masa program in berjalan).
Sedang menunggu nunggu waktu untuk solat berjemaah.
Latihan amali Solat berjemaah



Sebarang kekurangan dalam mengendalikan program ini, pihak kami mohon ampun dan maaf. Maaf jua terlalu perlahan untuk mengemaskini kan blog ini. Semoga ilmu yang ada dapat kita amalkan dalam kehidupan kita seharian insyaALLAH.
Monday, December 14, 2009
Majlis Berkhatan Ma'had
Bersempena dengan cuti sekolah ini (yang lalu), pihak Masjid Ghufran, Manjoi telah menganjurkan program berkhatan beramai ramai untuk anak anak kariahnya. Justeru itu, pihak Ma'had juga tidak ketinggalan untuk mendaftarkan Empat (4) orang pelajarnya untuk turut dikhatankan sama pada majlis tersebut.
Berikut adalah gambar yang berkenaan:
Wira Wira Ma'had sedia untuk berkorban dan dikorbankan!
Bersabar dalam debaran menantikan giliran
Siap untuk berarak!
Merenung masa depan dalam sejam dua lagi ...

Diarak di beberapa jalan pilihan sekitar kampung. Kump Kompang pun ada
Monday, November 23, 2009
Cuti Hari Raya Qurban II
Assalamualaikum,
InsyaALLAH, esok anak anak akan mula bercuti. Semoga ALLAH memberkati perjalanan mereka dan keluarga mereka pergi dan balik.
Dengan ini kami Ahli Jawatankuasa dan Pengurusan serta para guru Ma'had al-Ansori mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Marilah kita sama sama menghayati akan peristiwa Korban dan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita seharian di dunia yang sementara ini.
Semoga selepas bercuti ini, anak-anak dapat kembali dengan semangat baru untuk terus belajar berkorban untuk agama dan begitu juga kaum keluarga dan muslimin dan muslimat seluruhnya. Sesungguhnya agama ini sampai kepada kita melalui asbab korban umat terdahulu.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dana Pembangunan Fasa 2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dukacita dimaklumkan kepada tuan puan muslimin dan muslimat sekelian bahawa pihak Ma'had telah gagal untuk meneruskan Fasa ini memandangkan tanah yg berkenaan yg telah sekian lama sejak puluhan tahun yang lalu kosong, kini telah dibeli oleh seseorang.
Pihak Ma'had telah berhubung dengan pemiliknya dan disahkan ada yang telah membelinya daripada beliau. Kelihatan juga kerja kerja pembersihan tanah telah dilakukan oleh pemilik barunya.
Oleh kerana itu, Ma'had mengambil keputusan untuk terus ke Fasa 3 Dana ini insyaALLAH. Semoga ALLAH menggantikan dengan yang lebih baik dari itu. Segala sumbangan, infaq dan korban tuan puan muslimin dan muslimat insyaALLAH tidaklah sia sia, niat tuan puan sekelian ada nilainya di sisi ALLAH S.W.T. Perancangan ALLAH mengatasi segala perancangan dan Dia lah sebaik baik perancang.
Saturday, October 31, 2009
Cuti Hari Raya Qurban
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dimaklumkan pada ibubapa/penjaga bahawa cuti Hari Raya Qurban utk Ma'had akan bermula pada 8 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah 1430H iaitu bersamaan 25 Nov hingga 30 Nov 2009.
Para ibubapa/penjaga bolehlah membuat persiapan awal untuk tujuan mengambil anak-anak untuk pulang berhari raya di kampung masing masing insyaALLAH. Ibubapa/penjaga boleh mula menjemput anak anak jam 10 am (08 Zulhijjah) dan menghantar kembali ke Maahad pada selewatnya jam 6.30 ptg atau sebelum Maghrib (13 Zulhijjah) insyaALLAH.
Doakan yang terbaik untuk anak-anak ini, semoga menjadi benteng/pendakwah umat generasi yang akan datang insyaALLAH.
Tuesday, October 27, 2009
Kemajuan Senggaraan Bangunan II
Assalamualaikum,
Berikut sedikit update ke atas usaha senggaraan Maahad pada bangunan baru. Semoga dapat memberi sedikit gambaran pada semua insyaALLAH..
Bahagian belakang bangunan dipasang metaldeck sebagai hijab pada tingkap bangunan iaitu di bilik penginapan pelajar kelak. Namun begitu, ianya bukan rapat pada tingkap yang mana masih membenarkan sinaran Mentari masuk ke dalam bilik.
Bahagian tepi atap yang masih belum dibuat pembersihan dan penggantian.

Bahagian tepi kiri telah dibuat pembersihan kayu reput dan bakal digantikan yg baru nanti insyaALLAH.
Pandangan jauh kedua bangunan yang bakal menempatkan pelajar (bangunan baru) dan bangunan sedia ada. Mesyuarat memutuskan bangunan sedia ada akan dihuni anak anak hafizah dan bangunan baru untuk anak anak Hafiz.

Ini bukan spiderman Malaysia, tapi salah seorang pekerja yg membuat kerja kerja pembaikan dan senggaran bangunan Maahad.
Laluan sebelah tepi bangunan yang dulunya tak terurus dan semak kini telah dibersihkan. Kelihatan deretan tandas yg baru dibina di tapak bekas bangsal lama.

Karpet karpet dibuang dan barangan lain yg tak digunakan dan ditinggalkan dalam bangunan oleh pemilik lama bangunan. Maahad tidak menggunakan karpet untuk menjaga kebersihan dan kesihatan anak anak Maahad insyaALLAH.

Pandangan dari atas iaitu dari tandas yg baru dibina, atas kepala tangga. Jalan menuju ke bahagian belakang bangunan.
Deretan tandas yang dibina di atas tapak bangsal lama yg telah dirobohkan.

Pili untuk bersuci dan berwudhuk terletak berhadapan dgn tandas tadi.

Pandangan dari hadapan keadaan tandas yang sedang dibina.

Lagi Tandas.. Kelihatan arkitek cilik sedang memeriksa prestasi projek.
Tangga dalam rumah telah siap ditutup. Juga bahagian bawah tangga yang boleh dimanfaatkan untuk tempat simpanan barang kelak.
Setakat itu dahulu gambar gambar yang dapat dipaparkan untuk kali ini. Alhamdulillah, kesemuanya menggunakan wang infaq tuan puan. Semoga kekal lah ia sebagai bekalan kita semua untuk ke akhirat. Doa tuan puan kami perlukan untuk kemajuan dan kejayaan kita bersama khususnya untuk para guru dan sukarelawan serta ibu ayah dan penjaga yang berkorban menghantar anak anak utk usaha agama ini. Mari kita sama sama membangunkan Maahad Tahfiz Al-Ansori, Maahad kita semua..umat Islam.







Bukan senang nak bersiram di tempat awam, pili Bomba pulak tu.
Dapat bersiram macam ni, lupa semua masalah!
Siap Sedia
Alhamdulillah... dah Selesai... di Ma'had.















